susahnya nak tidur malam ni !!!!
dah pagi dah pun .. dah pukul 1.34 a.m. dah pun !!
tidur la az ... sudah la ... tayah fikirkan lagi semua tu ..
:'( :'( :'(
faham tak apa yang az rasa sekarang ?!!!
tak kan ??!!
kalau tak faham , tolong butakan mata , pekakkan telinga !!!
jangan hiraukan az lagi !!!
boleh tak ??!!!
kenapa az ni kejam sangat buat dia serabut sampai cam tu ?!!!
boleh tak jangan buat dia cam tu ?!!!
boleh tak jangan buat dia stress ?!!!
Ya Allah .... apa yang az buat ni ? az tak sengaja ... berapa kali az nak bagi tau , az tak sengaja ...
kalau boleh az taknak sakiti hati dia ..
az taknak buat dia serabut ...
az dah pernah bagi tau niat kehadiran az dalam hidup dia hanya untuk menemani dia ..
elakkan kesunyian yang muncul dalam kehidupan dia ,dalam diri dia selama ni ..
tapi az betul-betul tak sangka niat az bertukar jadi sebaliknya ...
az mintak maaf sangat ... kalau perlu hukum az , hukum la ...
buatlah apa saja asalkan salah az dapat dimaafkan ... please ...
kalau perlu , marah az , marah lah ..
tapi az mohon , maafkan kesalahan az yang membuatkan kamu tak tenang seperti yang kamu bicarakan dalam penulisan kamu ...
see .. jahatnya az sampai buat dia macam tu ..
cik tipah , az harap masa yang tinggal ni cepat berlalu ...
az harap , dalam masa yang berbaki ni , az tak lagi menyakiti perasaan cik tipah ...
kalau perlu , az akan cuba untuk tidak muncul di hadapan cik tipah lagi selama az kat sini ...
az mintak maaf ...
satu je az mintak , jangan bencikan az ..
sebab az sayangkan cik tipah ...
jangan benci az ..
az takut andai Allah berhasrat untuk mengambil az pulang kepadaNya suatu hari nanti ,
pemergian az tak tenang disebabkan oleh kesalahan yang az buat pada mereka yang sangat az sayangi ....
az taknak ada yang membenci diri az ..
supaya niat az untuk menjadi salah seorang ahli syurgaNya tercapai ..
walaupun az bukan lah hambanya yang sempurna , tapi az sedang mencuba untuk jadi yang terbaik di atas muka bumi ni untuk bekalan di akhirat nanti ..
az mohon , jujurlah dengan az andai az pernah buat cik tipah terasa dengan coretan-coretan az .. atau perbuatan az ...
mungkin selepas ni az dah tak lagi boleh bertanyakan makan minum cik tipah , suka duka cik tipah , kesihatan cik tipah atau apa saja yang berkaitan dengan cik tipah ... hasrat az untuk bergambar dengan cik tipah lagi lepas ni juga mungkin az terpaksa batalkan untuk ketenangan cik tipah ... az sebenarnya silap kan ? kehadiran az bukan la menenangkan cik tipah malah menimbulkan macam-macam lagi ketaksenangan hati ... az mintak maaf sekali lagi ...
az cuma boleh berdoa untuk cik tipah ...
Ya Allah ... andai aku penyebab dia kusut , kau kembalikanlah ketenangan tu kepadanya ..
andai aku yang bersalah , hukumlah aku demi untuknya ...
Ya Allah , aku mohon Kau lindungilah dia dari kekecewaan , kesedihan dan kesunyian ...
aku mohon Kau kurniakanlah segalanya yang terbaik untuknya ..
Kau sentiasalah ingatkannya terhadap makan minumnya ..
Kau berilah dia kesihatan yang baik untuk memudahkan segala urusannya ...
Ya Allah , aku mohon , andai ada insan yang akan muncul lagi dalam kehidupannya , berikanlah kepadanya insan yang pandai menjaga hati dan perasaannya ... berilah dia insan yang lebih memahami dirinya ...
Jauhilah dia dari disakiti oleh sesiapa saja yang mengenali dirinya ...
Sesungguhnya Ya Allah , aku amat menyayangi dirinya ...
Maafkan az atas semua ni ....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.