Kalau semalam az terdiam dengan jawapan dia ,
mungkin itulah kali terakhir az buat permintaan pada dia ..
bukan sekali dia buat az terasa dengan tindakkan dia ,
tapi dah berkali-kali dia bagi alasan yang az rasa kadang-kadang
benda tu sebenarnya boleh postpone kejap ..
takpe lah .. az mengalah ..
mungkin az je yang tak pernah nak faham situasi dia ..
seminit yang az nak curi macam sejam masa yang akan berlalu dengan sia-sia ..
maafkan az kerana terpaksa jujur sehingga ke tahap ini ..
mungkin orang tak suka dengan kejujuran sebab kadang-kala
kejujuran tu yang akan mengeruhkan keadaan ..
tapi pada az tak ..
biarlah dia tahu hal yang sebenarnya ..
supaya mungkin suatu hari nanti dia akan menerima kejujuran itu seadanya ..
Ya Allah .. andai benar masalah yang dihadapinya itu terlalu besar ,
aku akan tetap memohon kepadaMu
agar Kau ringankan segala masalah yang ditanggungnya ...
mungkin Engkau sedang mengujinya ..
apa pun yang sedang berlaku saat ini ,
aku mohon padaMu Ya Allah ..
permudahkanlah jalan kehidupannya Ya Allah ...
mungkin semalam az menangis kerana mengharapkan dia ingat akan kata-katanya ..
tapi sayang , lain yang jadi ..
andai semalam mama dengan abah tak datang untuk Majlis Tamat Pengajian ,
mungkin kesedihan tu menjadi lebih ketara ..
tapi , Allah tu maha adil ..
Dia memberikan yang terbaik dalam kehidupan setiap hambaNya ..
termasuk kehidupan az semalam ..
kesedihan az mula terpadam sebaik sahaja mama mendapatkan az selepas az turun stage ..
mungkin az banyak tinggalkan mama sekejap ..
atas alasan nak ambil sijil n nak settlekan pasal gambar ..
tapi sebenarnya , az dalam proses nak meredakan perasaan ni ..
mujur mama n yang lain tak perasan ..
puas menahan air mata ..
az lupakan semua tu n mula happy semula bila bersama family ...
mula ketawa seperti biasa ...
acting like normal ..
seronok bila dengar mama kata ma bawak makanan kat kakak ...
dapat makan masakan mama..
makan ramai-ramai dengan ecah , mida ..
dengan abah .. dengan caq ...
dapat bergambar dengan mama n abah ...
dapat cium pipi mama ,
cium pipi abah ,
pipi ecah n pipi caq ...
thanks semua sebab buat az happy di saat hati ni sedih ..
hmm .. apa pun , lepas je mama ngan abah hilang dari pandangan ,
hati mula memikirkan kembali perkara yang lalu ...
tak .. az tak boleh fikir semua tu ..
makanya , az pun tidur untuk elakkan fikir benda tu semua ...
seharian semalam tak mampu pegang buku sebab sakit kepala ..
macam biasalah ..
kalau hujan dah turun kepala akan meragam ...
awalnya az tidur memang takyah tanya la kenapa ..
az tak pergi program apa tah malam semalam ..
az dok dalam bilik kunci pintu ..
dok sorang2 tidur ..
sakitnya kepala ni hanya Allah je yang tahu ..
tanpa az sedari , mama ada pesan something kat mida
yang az sendiri tak perasan bila pesanan tu disampaikan ..
baru pagi tadi az tahu dari mida ...
tu lah hati seorang ibu ..
dia akan sentiasa dapat merasakan keadaan anaknya walaupun jauh dari pandangan ...
hmm .. thanks mama , thanks abah ...
n thanks semua ...
![]() |
| menunggu giliran untuk ambil jubah with Balqis Baharuddin |
![]() |
| baru dapat n pakai jubah |
![]() |
| syonok sangat ngan kawan-kawan .... |
![]() |
| hah .. dah bepeluh dah masa nih ... saiz takde .. besar pun kena pakai jugak .. |
![]() |
| bersama ibu masing-masing .. sayang mama ! |
![]() |
| tak sempat snap kat DM kat sini pun jadilah ... My Lovely Family .. sayang semua !!! (jeles ngan baju mama =.=') |
![]() |
| nilah sijil Tamat Pengajian AZ .. buleh balik dah kott .. hee .. |








No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.