21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Monday, 10 December 2012

Al-Fatihah untuk semua ...

belajar untuk bawa diri tanpa ditemani rakan-rakan bukanlah satu perkara yang mudah untuk az lakukan ...
sebab , selama ni pun az pasti akan cari teman untuk berbual sambil berjalan ...
tapi pagi tadi suatu perkara yang janggal pada az ...
bersendirian melangkah ke serambi ...
seawal 8.05 a.m , az sudah pun tiba di pintu masuk serambi ...
kedinginan penyaman udara kini terasa ...
ternyata az student pertama tiba di situ ...
tanpa melengahkan masa , helaian buku rujukan makroekonomi yang az pinjam dari fatin az selak satu demi satu ... memahami isinya sambil menjawab soalan tutoran yang akan dihantar pada hari Rabu nanti ...
sunyi rasanya ... tapi keadaan cukup tenang saat ni ... fikiran masih teringat akan abah dan mama yang kini entah apa yang sedang mereka lakukan ...
masih teringat akan keadaan ummi semalam ...
masih tertanya-tanya , apa lagi ujian yang menimpa ummi kali ni ...
sebelum keluar meninggalkan asrama , 
az cuba melakukan apa kaunselor tu ajar semalam .. untuk membuatkan hati kita senang menerima insan yang saat ini membuatkan kita resah atau selalu memikirkan tentangnya ...
Al-Fatihah yang pertama az tujukan buat abah dan mama tercinta ...
supaya hati ni tak terlalu memberontak untuk merindui mereka dengan linangan air mata ...
supaya az mampu menjadi anak yang baik kepada mereka ,
dan juga supaya Allah murahkan rezeki mereka ...
Al-Fatihah yang kedua az tujukan buat ummi ...
supaya Allah beri ketenangan kepada ummi hari ni ...
supaya ummi dapat terima segala kelemahan dan kesilapan az ...
Al-Fatihah yang ketiga , az tujukan khas buat lecturer yang az rasa dia dah pun melukai hati az ...
supaya dia menjaga segala pertuturan dia ,
supaya Allah izinkan ilmu yang dia ajar mendapat keberkatan ,
supaya dia boleh menjadi lecturer yang boleh kami terima sebagai pendidik yang mengalirkan ilmu Allah kepada kami dengan cara yang betul ...
dengan lafaz Lailahaillallah ,
lalu az memusing tombol pintu dan menarik daun pintu tersebut ..
langkah sahaja keluar dari bilik , az kosongkan minda dan mencari aura positif untuk diri ini ..
setelah habis anak tangga dituruni , sekali lagi lafaz Al-Fatihah keluar dari mulut ni ..
kali ini untuk diri az yang sedang mengalami macam-macam perasaan yang bercampur-baur ...
supaya , Allah beri ketenangan pada diri az hari ni ...
permudahkan segala urusan az hari ni ,
dan kuatkanlah diri az untuk menjadi individu yang berfikiran positif ...
biarpun az sendirian hari ni , masih ada yang memanggil-manggil nama ini untuk didekati ..
Alhamdulillah ... terima kasih Ya Allah ..
kelas pertama bermula jam 1.00 p.m. ...
dari awal jam 8 pagi tadi , az cuma luangkan masa diserambi pelajar untuk menyiapkan tugasan yang ada ...
teringin kaki ini untuk melangkah menjenguk ummi di cubical , tapi ...
mungkin ummi perlu sendirian saat ini ...
mungkin jugak tak ..
az tatau sebenarnya ...
sama ada ummi marahkan az ke tak pun az tatau ...
tapi harapan az agar ummi maafkan kesilapan az ...
az sayang ummi ...
ternyata apa yang kaunselor tu kata n suruh kami buat , beri satu impak dalam diri az hari ni ...
terima kasih Ya Allah atas perjumpaan semalam ...
az harap , az akan menjadi lebih baik dari hari ni , esok dan hari-hari seterusnya ...
harapan yang sama jugak untuk ummi ...
semoga Allah sentiasa bersama kita ...
Amin ...


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.