21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Friday, 30 November 2012

satu kelainan yang az rasa saat ini ..

Ya Allah .. kuatkan diri az Ya Allah ...
ampunkan segala kelemahan az Ya Allah ...
Ya Allah , tunjukkan pada az kebenaran dari apa yang berlaku ini Ya Allah ..
kesepian along iqa juga saat ni buatkan az terasa jauh dari mereka yang az sayang ...
kenapa along menyepi ? along janji ngan angah dulu along takkan tinggalkan angah sendirian kan ?
tapi kenapa angah rasa along dah berubah sekarang ni ?
along kata along sedia nak dengar segala suka duka angah , along sedia nak jadi teman angah sampai bila-bila .. tapi mana semua tu ? along takde saat angah perlukan along ... along tipu angah bila angah tanya kebenaran kesepian along .. kenapa along ? 
permulaan November az memang sunyi .. dan hari ni , pengakhir November az dengan linangan air mata ... 
abah ... kakngah perlukan nasihat dari abah saat ni .. tapi az pasti , kalau az call abah menyatakan niat az , pasti az sukar untuk membuat abah faham dengan keadaan az sekarang ..
untuk redakan semua tu , az tidur selepas az post tengah hari tadi ...
bila terjaga dari tidur , az terus teringat tentang segala yang lalui hari ni ..
mungkin ia masih baru lagi sayang .. az kena cuba .. cuba untuk lupakan semuanya ...
tapi ....... dari dulu sampai sekarang , sebenarnya , ni lah kelemahan az ..
melupakan mereka yang pernah hadir dalam diri az , mereka yang pernah buat az rasa bahagia dalam hidup az , adalah satu perkara yang sangat sukar untuk az atasinya ...
az cuba ... InsyaAllah ... az akan cuba buat semua tu ..
az harap az cukup kuat untuk hadapi semua ni ...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.