21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Friday, 28 December 2012

MDM. LAT ? hmm ...

Salam ... haa .. keluar bilik pagi tadi nampak macam nak kenal that car ... oww .. ummi balik rumah ...
eh , tapi mesti dah lewat kan ummi balik ? hmm ... by the way , ummi masih ada kat sini ...
hai , semakin hari semakin menjadi-jadi kelewatan tidur az ni ...
cuba teka pukul berapa baru az boleh lelap semalam ?
hmm .. 2.50 a.m masih terang lagi bijik mata ni terbukak ... puas berperang ngan mata ni untuk lelap ..
duh ... dah la tidur tak kejap ...  nasib baik ada tugas yang boleh dibuat semalam ... 
az ada terperasan sesuatu semalam yang buatkan az rasa nak ketawa n tersenyum sorang-sorang setiap kali tengok perubahan tu ... asalnya nama penuh . then PN. LAT n now upgrade sikit MDM LAT .. perhh !!! macam-macam ummi ni .. ada je nak buat az tersenyum ... ow ye , az lupa nak bagitau semalam , warna baju ummi cantik sangat ... n setiap hari khamis , macam biasalah , az akan bising kalau tengok baju batik lecturer kat sini yang warna biru tu ... sumpah cantik !! az suka sangat tengok ... sehingga membuatkan kawan-kawan yang ada dengan az rimas n lemas dengan perasaan terujanya corak dan warna batik tu ... azteringin sangat nak tau , sapa la yang design corak tu , n sapa la yang pandai sangat buat pilihan kain tu untuk dijadikan baju batik yang seragam untuk lecturer kat sini ? hmmm ... udah-udah le suke sikit-sikit je ... sibuk je kamu tu ...
orait ... semalam az text abah .. ingatkan az text tuan punya phone la .. rupanya orang lain yang membalasnya ... geramnya !!! az nak text abah , bukan ecah ! duh ! patut la lain macam je ayatnye .. apa pun , semalam az dapat tau yang mama tak sihat ... demam ... az nak balik la , nak tengok mama ... tapi , az pujuk hati ni supaya takyah balik .. InsyaAllah mama akan baik dalam masa terdekat ni ... amin ... eh , tau tak , sebenarnya banyak lagi benda yang az nak kongsi tentang topik yang kami bualkan masa kelas agama semalam ... jap ae .. nanti az cerita .. az ada kerja sikit yang nak diselesaikan ...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.