21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Thursday, 20 December 2012

mudah-mudahan semuanya dalam keadaan baik ..

astaghfirullahal'azim ... manusia ni memang macam ni hah ?
suka ja sebar maklumat palsu ...
nasib baik az tengok 
Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.
“Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku.
“Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.
Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.

Dakwaan Berlakunya Rusuhan di Sungai Petani Kedah : Jawapan Polis Kedah

  1. ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.
  2. Insiden yang didakwa ramai kononnya berlakunya rusuhan di Sungai Petani ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.
Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah
[Sumber : Berita Bernama Malaysia]



dan sekarang , semuanya dah jelas .. hari ni az balik ...
n az nak tengok sendiri situasi kat sana ... doakan az selamat pergi dan balik ye ... amiiin ..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.