Ya ... az mengaku ... andai semua ni salah az , az minta maaf ...
kenapa baru hari ni pertanyaan tu baru difikirkan ?
kenapa tak sebelum ni ?
sebab az termimpikan sesuatu masa mata ni terlelap seketika siang tadi ...
mimpi tu buat az terfikir tentang semua ni ...
masih ada ruang ke untuk az dimaafkan ?
pertanyaan az mungkin takkan dijawab ...
Ya Allah ... tiba-tiba diri ni diundang rasa bersalah ...
adakah aku salah dalam hal ini ? mungkin jawapannya ya ..
kerana kamu telah menceritakan tentang dirinya di sini ...
walaupun az tidak membuka laman ini kepada umum ?
mungkin ya dan mungkin juga tidak ...
Ya Allah ... semakin kuat keinginan untuk menjadi salah seorang ahli syurgaMu , semakin banyak az fikirkan tentang kesalahan az di atas muka bumi ni ..
saat ni , diri ini diundang untuk memohon keampunan kepadaNya dan kepada mereka yang pernah muncul dalam diari hidup ini ...
layakkah aku untuk mendapatkan ketenangan di syurgaMu di akhirat nanti ?
masih banyak yang aku perlu pelajari dan perbaiki untuk menjadi insan yang sempurna di dunia yang sementara ini ...
maafkan az kerana masih belum berjaya menjadi yang terbaik untuk semua ...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.