21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Friday, 30 November 2012

apa makna luahan tu ?

mungkin ke az yang menyebabkan ummi luahkan semua tu ?
Ya Allah .. teruknya az ... kalau az yang menyebabkan semua tu , az minta maaf ..
mungkin az takkan jumpa lagi dengan ummi .. mungkin mulai saat ni az bukan lagi perlu kawal untuk kurangkan text ummi , malah az perlu stop terus text ummi ...
ya .. az faham  kalau ummi kata ummi tak berdaya nak luahkan semua tu ..
az pun tak mampu untuk bagi tau ummi tentang perkara sebenar ..
kalau coretan ummi kali ni ditujukan kepada az , az akan cuba untuk berubah untuk ummi ..
apa makna ummi ' tidak tergamak mulut ini minta diri ini dijauhkan ? tidak tergamak untuk aku menyatakan aku tidak mahu ...... '
ummi minta dijauhkan dari apa , ummi ? dari diri az ke ? ummi nak cakap ummi tak nak apa ?
boleh tak ummi straight to the point ? taknak az panggil ummi ? taknak az dekati ummi ? taknak apa????
oke .. i'm really sorry cik latifah ... 
apa maknanya ' andai ku teruskan ..... '  ? teruskan ignore az ke ? kalau ye , kalau itu yang cik tipah perlu untuk tenang , or tenteramkan hati , cik tipah boleh teruskan dengan niat tu .. InsyaAllah you will get that kebahagiaan .. 
tak mengapa lah kalau ni yang dah Dia tentukan ... insyaAllah az cuba berubah untuk cik tipah ..
insyaAllah az akan tunaikan harapan cik tipah ..
' apa yang ku harapkan ...adalah restu dari mereka yang ku sayang. '
i'm very sure that az bukanlah mereka yang ku sayang yang cik tipah maksudkan ... cik tipah , takyah  tipu az lah ye ... pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang meniupnya .. kalau that post sebenarnya untuk az , az mintak maaf ye ... bukan az sengaja nak timbulkan perasaan yang sekarang cik tipah rasa .. tapi semua tu adalah coretan sepanjang kehidupan az .. az janji , az akan cuba jauh dari cik tipah supaya cik tipah tak lagi rasa macam apa yang cik tipah rasa sekarang .. maafkan az ye ... thanks atas semua penyataan tu ..


maafkan az kalau az penyebab cik tipah sebegini ;
 Ketika ini, kurasakan diri ini bagai dilambung ombak....tidak berpijak dibumi nyata. Hati ini bagai berkata-kata.....hendak ku luahkan tapi rasa tidak terdaya........ Apa yang tersurat dihati ini......hanya mampu ku pendam. Tak bisa untuk aku luahkan dipaparan ini.
Aku tidak pasti sampai bila harus aku tunggu dan nanti. Aku tidak pasti sama ada untuk terus menanti atau berlalu pergi. Tidak tergamak mulut ini berbicara minta diri ini dijauhkan. Tidak tergamak untuk aku menyatakan aku tidak mahu........ Apa yang harus aku lakukan????? Adakah hanya dengan doa dan biarkan masa penentu segala!!! Patutkah aku berbuat begitu. Andai kuteruskan.....adakah kebahagiaan menanti dihadapan????
Dari hari kehari....dugaan semakin kuat......dari hari kehari......jiwaku tak tenteram. 
Apa pun sebagai insan yang lemah....kehidupan harus ku teruskan. 
Ya Allah....permudahkan segala......leraikan kekusutan hambu mu ini. Apa yang ku harapkan....adalah restu dari mereka yang ku sayang.  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.