Saya akan mulakan coretan malam ni dengan
Salam Sayang untuk semua ...
Azmah hanya budak biasa ,
yang dilahirkan dalam keluarga biasa ,
mempunyai hati yang mudah menyayangi ,
mudah menitiskan air mata saat bahagia atau duka ...
azmah bukan di antara kaum hawa yang cantik ,
bukan juga kaum hawa yang lemah pertuturannya ,
baik budi bicaranya ,
juga bukan kaum hawa yang penuh dengan perwatakan sopan santunnya
seperti kaum2 hawa lain di luar sana ..
Ya Allah ...
aku yakin apa yang sedang bermain difikiran aku kini semuanya adalah ketentuanMu..
Baru semalam aku menitiskan air mata atas sebab yang belum pernah aku lalui Ya Allah ...
Sungguh besar pemberianMu kali ini ...
siapa dia yang engkau hadirkan dalam diary hidup aku hari ni ?
kenapa dia yang engkau beri untuk hadir dalam hari-hariku sejak akhir-akhir ini ?
aku mengaku ,
aku jarang memikirkan tentang ini ...
tapi , andai aku terfikir tentang ni ,
hanya kepadaMu yang mampu aku berserah ...
Hari ni az terfikir tentang
Allah menciptakan Adam untuk HawaNya ...
sepanjang kehidupan az
az tak pernah mencari siapa Adam yang Allah kurniakan untuk az ...
az nampak banyak update status tentang adam dan hawa hari ni ..
antara yang menjadi pilihan hati az kali ni ,
" Jodoh itu rahsia Allah
-SEKUAT apa kita setia
-SELAMA apa kita menunggu
-SEKERAS apa kita bersabar
-SEJUJUR apa kita menerima kekasih kita
Jika Allah tidak menulis JODOH kita dengan kekasih kita ,
kita TETAP tidak akan bersamanya.
Think POSITIVE & terimalah takdirNya
kerana tulang rusuk dan pemiliknya
TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA SAATnya .."
azmah bukan di antara kaum hawa yang pernah bercinta ..
azmah tak pernah kenal apa itu cinta ,
azmah juga tak tahu apa ertinya cinta ..
azmah hanya tahu apa ertinya sayang ..
azmah juga hanya tahu apa ertinya rindu ..
tapi kalau tanya azmah tentang CINTA ,
kamu silap soalan bertanyakan kepadanya ...
saya mencari adam yang boleh menjaga ,menyayangi , dan memberi komitmen yang baik pada saya dan bakal anak-anak saya ,
sentiasa berada di sisi saya saat suka ataupun duka ,
boleh menerima segala kekurangan yang ada pada diri saya ,
yang sanggup apa jua demi keluarga saya,
ibu bapa saya ,
setia mendengar dan sedia untuk menjadi pemimpin dalam Masjid yang bakal dibina suatu hari nanti ..
saya mencari cinta ..
tapi cinta yang saya cari bukan cinta kerana nafsu,
dan bukan juga cinta dari syaitan durjana ..
saya mencari cinta dan cinta yang saya cari itu adalah
cinta dari Allah sebenarnya ..
saya mencari adam yang sudi menjadikan saya yang halal buat dirinya ..
yang akan membawa az ke pintu-pintu syurga Allah di sana nanti ..
yang akan membawa az ke pintu-pintu syurga Allah di sana nanti ..
until now ,
sebenarnya saya menantikan pencarian yang saya tak pernah ambil peduli selama ini ...
ye ..
saya langsung tak pernah cuba untuk memikirkan tentang semua ni ...
saya tak putus-putus bertanya kepadaNya semalam..
saya keletihan sebab banyak sangat air mata yang mengalir ...
Dia seolah-olah membenarkan penantian tu,
siapa dia Ya ALLAH ..
tiba-tiba teringat tentang doa-doa yang pernah az minta ..
Ya Allah..
andai suatu hari nanti kau bukakan pintu hati aku untuk insan yang bergelar adam ,
aku mohon ,
dia adalah yang sepatutnya buat aku ..
dan aku mohon
andai dia ingin mengajar aku tentang apa itu cinta dariMu Ya Allah
aku harap dialah yang pertama dan terakhir
yang mengajar aku erti cinta yang aku nantikan selama ni ...
~saya bukan insan yang sempurna~
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.