21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Sunday, 29 December 2013

T.Y.

"Wahai calon imamku,
Bersabarlah untuk menanti kedatanganku,
Jika memang kita berjodoh,
Allah pasti akan memberikan cinta ke dalam hati kita ,
Bantu aku dengan doa dalam istikharahMu ,
Biarlah Allah yang mengatur semuanya,
kerana pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik ..."

Salam sayang untuk semua ..
kembali lagi berdating dengan buah hati 
'Lifestory from Allah'...
bila terasa ingin meluahkan sesuatu , 
hanya di sini tempat luahan hati ...
biar ia hanya menjadi rahsia dalam diary ini ...
dan sentiasa berharap hanya Allah yang mendengar bisikan hati ini ...
sehingga ke hari ini 
sebenarnya az masih tertanya-tanya 
siapa dia yang Allah hadirkan dalam hidup ini ...
apa fungsinya dia Allah hadirkan dalam diary hati ini ..
az yakin , 
Allah itu tersangat arif tentang hati dan perasaan az ...
tetapi siapa dan kenapa Allah hadirkan dia dalam warna-warni kehidupan kali ini?
bukan az tak sudi menerima apa yang Dia kurniakan ..
tetapi az terlalu takut untuk menerimanya ...
sebab az mudah menyayangi orang ..
sebagai individu yang bergelar wanita,
az teringin untuk mengingatkan ..
hati dan perasaan kaum hawa bukan tempat untuk kamu bermain ..
kesetiaan itu sukar untuk kamu peroleh dan sukar untuk kamu cari ..
kejujuran juga bukan suatu permainan dalam dunia mencari kebahagiaan ..
mungkin saya tak sempurna untuk awak ..
tapi saya mohon jangan pernah mempermainkan kesetiaan dan kejujuran saya pada awak ..
andai awak pernah dikhianati dan disakiti ,
saya mohon 
jangan pernah menghukum semua kaum hawa adalah sama ..
andai ada yang mengenali diri ini ,
saya mohon 
persiapkan diri dengan keikhlasan hati nurani kamu ...
saya ikhlas mengenali kamu kerana Allah ..
dan saya juga berharap kamu mengenali diri saya kerana Allah ..
saya tak pernah meminta yang sempurna dalam kehidupan saya ,
cuma mengharapkan yang terbaik dari semua ..
andai kesempurnaan itu yang diberi
itu adalah rezeki daripadaNya..
saya sangat menghargainya..insyaAllah..
jujur saya katakan 
setiap hari saya menantikan kehadirannya untuk menyapa saya ...
setiap hari pasti akan ada masa untuk menatap potretnya..
setiap kali masuknya waktu solat pasti terbayang dia yang sedang mengimamkan saya ..
setiap hari , pasti akan berkumandang bait-bait suaranya diruang telinga ini ..
awak, setiap masa saya bertanya kepadaNya.
siapa awak yang Dia hadirkan dalam hidup saya ..
jujur saya katakan saya jatuh hati pada dia ..
tapi mungkin cuma saya...
azmah , jangan mudah meletakkan harapan yang tinggi pada dia ..
awak baru kenal seminggu lebih je dengan dia ...
ye saya tahu !
tapi .... (ya Allah .. kenapa hati ni mula menangis saat aku terasa dia membahagiakan aku)
mungkin dia cuma nak berkawan dengan awak ..
awak jangan salah anggap ..
tapi awak ...
saya rasa saya dah TERsayangkan dia ...
tapi saya perlu kuat untuk buang semua perasaan tu ..
setiap masa saya cuba , berusaha pujuk hati ini ..
azmah , temani dia cukup hanya untuk menghilangkan rasa sunyi dalam kehidupannya ...
awak cuma pengisi kesunyian dia je azmah...
dari dulu lagikan arwah mama angkat az pernah pesan ...
ikhlas membahagiakan mereka itu mungkin amanah Allah buat kamu sayang ..
ma , az bahagia kalau az dapat tengok dia bahagia ma ..
tapi kenapa saat az cuba membahagiakan seseorang
pasti az yang akan terasa kecewa ma ?
kenapa mesti az yang mengalirkan air mata demi melihat kebahagiaan dia ma ...
 arwah mama angakat az jugak pernah pesan
"berilah sebanyak mana pun kebahagiaan yang awak mampu kepada mereka yang berada di sekeliling awak..kerana kebahagiaan yang kamu berikan itu sebenarnya milik Allah sayang.."
insyaAllah ma ...
tapi kan ma...
kalau dulu dengan cikgu2 kesayangan az ,
az jugak yang mengalirkan air mata ..
tau sebab apa ?
sebab ada yang tak suka dengan pengakuan az ..
pengakuan yang az ikhlas menyayangi dorang ..
malah az dibencikan lagi ..
malah wujudnya jurang diantara kami ..
Ya Allah , apa dosa az Ya Allah ......
dalam dunia persahabatan jugak ..
Allah kurniakan yang terbaik untuk az ..
tapi akhirnya dia tarik balik kebahagiaan tu ..
now az sangkut dengan seorang insan  yang bergelar lelaki ..
takkan nasib yang sama az perlu hadapi??
az letih laaaa ..
tolong la fahamm ...
bukan niat untuk az salahkan takdir ..
tapi menangisnya hati ni , hanya Allah je yang tau ...
ya , dia adalah lelaki idaman setiap wanita ..
awak, saya tak kisah awak ada scandal ramai mana sekalipun ..
saya tak kisah dengan sapa awak nak berkawan ..
tapi saya mohon , jangan pernah bermain dengan perasaan sayang saya pada awak ...
mungkin awak tak rasa apa yang saya rasakan ...
Ya Allah ...
aku tak dapat bayangkan andai laman ini menjadi tatapannya suatu hari nanti ...
Ya Allah ... Ya Allah .. Ya Allah ...
awak ..
awak tau tak ,
setiap kali saya rindukan awak
saya mengucap tak henti2 ...
saya bertanya tak henti2 pada Allah ..
siapa awak yang dia hadirkan dalam diary hidup saya ...
awak pernah tanya tentang satu perkara ni ..
tapi saya takut nak jawab ..
setiap kali saya chat dengan awak ,
segala kata2 awak ,
saya selalu bayangkan awak ada disisi saya ...
saya selalu merasakan tu ...
hati ni selalu berbunga bila dapat chat dr awak ..
sy respect awak ..
awak tahu kenapa ?
sebab awak tak pernah mintak no fon saya ...
saya memang tak mudah nak bagi no fon kat org sebenarnya ...
Ya Allah ...
bodohnya pengakuan aku kali ni ...
azmah ,
cuba kau bukak mata kau besar2, luas2 kat depan cermin !
kau suluh diri kau dulu !!!
siapa kau untuk ada hati dengan dia ??!!!
dia layak ke untuk kau anak gajah ?!!!
daripada dia pilih kau untuk jadi teman sehidup semati dia ,
baik dia cari yang cukup kesempurnaannya dari fizikal dan dalamannya ..
sedap jugak mata nak memandang ..
ni kau ? layak ke kau untuk dia hah ??!!
dah la azmah !
lupakan dia !!!
aku takkan pernah lupakan dia ..
insyaAllah ..aku janji tu ...
az baru nak kenal dia dengan lebih mendalam ...
az tau , az faham ..
az tak layak untuk bekawan dengan orang macam dia ...
insyaAllah ..
az akan sentiasa doakan yang terbaik untuk tok yus ...
semoga dia mendapat calon yang terbaik dalam hidupnya ...
awak ..
saya bahagia bila dapat tengok awak bahagia ...
walaupun sakit untuk lepaskan awak ,
mungkin itu yang terbaik ...
Allah mungkin dah tentukan jodoh awak sayang ...
dan saya yakin individu itu bukan saya ..
takpe ..
itu kerja Allah ..
tapi , setiap kali az memohon kepadanya ,
az selalu minta,
Ya Allah , masih adakah lagi lelaki lain sepertinya yang boleh menerima aku seadanya ?
aku nak macam dia Ya Allah ...
yang setia ... yang sedia membantu org disekelilingnya ...
yang selalu menghiburkan  hati ni ...
yang nakal macam dia ,
yang az boleh rasa selamat bila berada disampingnya ,
yang boleh melayan kerenah az yang entah ape2 ..
masih ada ke Ya Allah ..
yang boleh membimbing aku ke pintu2 syurgaMu Ya Allah ??
masih ada ke ?
azmah ..sudah laa ..
tak guna kamu banyak mengalirkan air mata ..
jangan pernah berharap pada sesuatu yang tak pasti ..
jangan pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi ..
please azmah..
come on ..
wake up ..
dia lelaki
dia berhak untuk buat keputusan tentang kehidupannya ...
jujur az katakan ,setiap lirik lagu2 ciptaannya sangat bermakna bagi aku ...
sebab mudah untuk az meresapkan ia ke dalam jiwa az ..
tapi az ..
sudah ye ..
jangan pernah mimpi dia akan jadi milikmu suatu hari nanti
kerana Allah mungkin telah menetapkan dia milik individu lain buatnya ...
sabar ye azmah ...
ini baru perkenalan pertama ...
"ye , dia yang pertama "
cukuplah dia menjadi yang pertama ..
az penat menangis ...
az tanak lagi kenal dengan mana2 lelaki ..
saya akn pastikan ,
biarlah ini yang pertama dan terakhir ...
az takut nak kenal dengan lelaki ...
dah. full stop !

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.