21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Friday, 7 June 2013

i wish the best for my life ..

Salam ..
I would like to say ,
Sometimes kita tidak akan memperoleh perkara yang sangat kita hajati ..
Kenapa ???
Kerana kita sentiasa diuji olehNya …
Kalau nak cakap , semua orang boleh cakap dengan senang hati ..
Itu la , ini la ..
Mungkin bukan rezeki lagi la ..
Mungkin rezeki kat tempat lain la …
Tapi kalau kena kat batang idung sendiri ,
Air mata yang mengalir ni takkan rasa nak berhenti pun …
Bukan niat nak salahkan takdir ,
Nak kata Dia tak adil dengan ketentuanNya ..
Tapi ye .. az mengaku ..
Kadang-kadang terasa macam give-up mohon kuatkan diri ni ,
Mohon Dia tentukan yang terbaik ..
Dia bukan tak pernah bagi apa yang az nak , apa yang az mohon ,
Malah kadang-kala Dia bagi yang terbaik untuk az ..
Dia tentukan yang terbaik untuk hidup ni …
Alhamdulillah …
Ye .. az sangat bersyukur …
Tapi ada certain part yang sebenarnya az sangat memerlukan Dia untuk tentukan yang terbaik ,
Jadikan az yang terbaik daripada yang terbaik ,
Sukar sebenarnya …
Saat ni , memang az tersangat lemah …
Az mengaku …
Memang semua rasa give up ni hadirnya dari kelemahan az sendiri ..
Kebodohan az sendiri …
You know why ?
Sebab masih  terlalu banyak perkara yang az perlu belajar untuk memahami erti kehidupan sebenar ..
Banyak dugaan , keperitan yang mungkin terpaksa az korbankan ..
Kadang-kadang az give up dengan mereka2 yang pernah az kenal selama ni ..
Bila senang , mudah sangat dorang lupakan kita ..
Masa susah , sibuk cari kita tak kira waktu ..
Bukan niat nak mengungkit ..
Tapi inilah reality yang az harungi saat ni ..
Az ni bukan lah individu yang kuat sebenarnya ..
Az ni lemah .. terlalu lemah kalau tak disuntik semangatnya ..
Tapi , Dia tak pernah izinkan az untuk dekati mereka (cik tipah , cgu ros , cgu eta , ibu n seangkatan dengannya)..
Maksud az , Dia tak pernah izinkan az untuk berkongsi suka duka az dengan mereka2 ni …
Ke sebab az ni je yang teruk sangat sampai dorang langsung tak teringin nak jadikan az sebagi kawan dorang ..

Hmm .. azmah , sebenarnya kamu ni kenapa ye ?
Tak dak apa lah … Cuma mungkin az perlukan teman …
Teman ?
Ye .. teman untuk bercerita tentang susah senang az setiap ketika …
Kalau tak untuk setiap masa pun , untuk menjadi tempat rujukan setiap kali
Az lemah , setiap kali az perlukan motivate pun jadi lah ..
That y la az sukakan golongan yang selalu az bagitau sebelum ni ..

Azmah , hati dan perasaan orang tak boleh dipaksa ..
Suka atau tidak individu tu pada diri kita itu adalah hak dia ..
One more thing .. dengan siapa dianak berbicara , dengan sapa dia nak rapat
Sekalipun , itu hak dia ..
Kamu tak sepatutnya ada rasa jeles pada sesapa walaupun p[ada hakikatnya
Individu yang dia dekati itu adalah kawan baik kamu sendiri …
Itu hak dia ..
Hmm .. ye .. az tau perasaan tu tak boleh dipaksa …
Tapi …. Hmm ..
Apa yang boleh az katakan ,
Az mungkin takkan dekati sesiapa lagi lepas ni ..
Untuk kebaikan diri az sendiri …
Untuk menjaga hati dan perasaan az sendiri ..
Yang az dah terlanjur sebelum ni , meletakkan kamu semua
Jauh di sudut hati sebagai insan yang az sayang ,
Az minta maaf …
Mungkin itu semua silap az …
Az akan cuba untuk sentiasa bersedia ..
Block la az kalau perlu ..
Jangan bagi harapan pada az kalau perlu ..
Jangan buat az ternanti kamu untuk memberikan semangat
Dlam hidup az …
Ummi …
Sumpah az katakan ..
Sampai saat ni , az tersangat sayangkan ummi ..
Tapi setelah az terasa dengan banyak perkara yang az sendiri tak tahu sama ada
Ummi sengaja buat untuk menyakiti hati az atau tidak disengajakan ,
Az rasa az rela mengundurkan diri …
Ye .. pada az , ianya memang sangat sukar untuk az lupakan ..
Sebab az dah pun meletakkan ummi dalam hati az suatu masa dulu ..
N now , I have to letakkan ummi jauh keluar dari hati yang terlalu sayangkan ummi ..
Ummi , sakit rasanya bila hati kita dipermainkan dengan kasih sayang yang kita nantikan ..
Keikhlasan az tak pernah dibalas dengan keadilan daripada keikhlasan itu ..
Malah keikhlasan yang az relakan sentiasa berakhir dengan air mata ..
Az penat , az sangat letih ..
Sehinggakan sekarang az terasa semakin sakit stiap kali air mata ni mengalir ..
Hampir setiap hari Dia menguji ..
Family …
Orang sekeliling ..
Sangat kuat dugaannya ..
Sampaikan az terasa , az sekarang bukan lagi az yang dulu ..
Yang tak berani menghadapi sesuatu sendirian ,
Yang tak yakin pada diri ,
Yang tak pandai berdikari ..
Az terasa banyak perubahan tu kali ni ..

Ikhlas az nak coretkan di sini , 6/6/2013 .. sebaik tiba kat tempat kerja ,
Az terus ke surau ..
Bila paparan result terpapar di skrin netbook ,
Air mata ni tanpa az sedari mengalir kat pipi …
Az kecewakan diri sendiri …
Az kecewakan lecturer yang pernah mengajar az ..
Az kecewakan ibubapa az..
Az Cuma dapat 3.55 untuk CGPA matrikulasi ..
Teruknya aku …
Az bukan individu yang  kuat untuk kawal perasaan ,
Az tak kuat untuk positifkan minda apabila dilanda masalah ,
Az tak cukup kuat untuk menepis segala kerisauan pada family bila dapat tahu tentang sesuatu hal ..
Az tak kuat untuk menghadapi cabaran yang Dia berikan ..
Az tak niat nak salahkan sesiapa ..
Az juga tak niat nak salahkan takdir ..
Itu adalah salah az sendiri ..
Az tak boleh focus sebab az tak kuat ..
Az tak boleh score sebab az lemah ..
Az tak kuat untuk berusaha lebih keras sebab az terlalu ikutkan perasaan …
Puan Jamaa tak suka dengan sikap az ..
Az tahu …
Sebab az give up sebelum az berjuang …
Puan Jamaa tak bercakap dengan az saat dorang bincangkan soalan exam ..
Mungkin terpaksa cakap dengan az masa nak slam dekat nak balik hari tu ..
Cik tipah ( Puan Siti Nor Latifah ) tak suka az sebab attitude kot..
Hmm .. az teruk …
Sebab tu dia tak suka ..
Oke lah …
Sebelum ni az tak pernha give up untuk dekati kalian ..
Tapi untuk kali ni ,
Bila az perlukan takde sapa yang nak support kuatkan semangt az ..
Bila tak ingat dikatanya sombong ..
Bila ingat , text , tak pulak reply…
Dah tu macam mana lagi nak bagi kena di hati depa ???
Az surrender …
Az rela tak dekati kalian …
Sebab az lemah , az teruk , az tak kuat hadapi cabaran …
Thanks for everything selama ni …
Az akan rindukan cik tipah ngan puan jamaa ..
Bisingnya , keletahnya yang kadang2 nampak macam keanak2an ..
Rindukan kejut pagi cik tipah ..
Rindukan marah cik tipah ..
Rindukan teguran cik tipah ,
Rindukan masalah yang sentiasa menghantui cik tipah ,
Rindukan alasan2 cik tipah ,
Rindukan janji2 palsu cik tipah ..
Rindukan text2 cik tipah ..
Rindukan keletah cik tipah yang kadang2 nakkan perhatian dari semua …
Rindukan suara cik tipah yang selalu tak senang dengan panggilan dari az ..
Rindukan cik tipah yang tak boleh masuk rumah sebab kunci student pinjam ..
Rindukan cik tipah yang panggil az minum petang kat rumah dia ,
Rindukan cik tipah yang panggil az makan ketupat ngan rending kat rumah dia ,
Rindukan cik tipah yang ajak buat kuih raya tapi tak jadi buat sama2 ..
Rindukan cik tipah yang kesunyian …
Rindukan cik tipah yang merisaukan az bila dia tersadai kat hospital operate appendiks ..
Rindukan cik tipah yang selalu reply text az ..
Rindukan cik tipah yang sebelum kahwin ..
Rindukan cik tipah yang dulu …
Tapi hakikatnya ,
Az perlu lupakan segala memory yang pernah az lalui ..
Cameron , kmk , n everything about cik tipah …
Az bukan yang terbaik untuk dekati cik tipah n puan jamaa yang cukup sempurna …
Semangat az lemah lagi bila satu hari tu mama ajukan satu soalan ni pada az ..

Kakak , kalau tak sambung belajar dah , terus kerja takpa dak ?
Kalau itulah yang Dia tentukan , orang terima ja …

Dalam hati ni terasa macam nak menangis sekuat hati …
Bila bangun melangkah kaki masuk je bilik ,
Air mata tu tak mampu lagi az tahan ..
Ye … mama ada masalah kewangan …
Untuk melanjutkan pelajaran mungkin perlukan wang yang banyak …
Mama takut tak boleh nak kumpul …
Sebab abah kerap masuk hospital …
Banyak sangat belanja …
Az kerja pun belum tentu dapat tampung pendaftaran masuk …
First salary selepas habis matrik terasa lembut lutut ,
Macam nak pengsan pun ada ..
Terkejut tengok gaji yang pada az sikit sangat …
Sebelum ni az tak pernah dapat cam ni …
Kalau dapat sikit , berapa sangat la boleh simpan …
Terasa macam nak berhenti masa tu jugak ..
Tapi tetap bertahan bila fikirkan abah tak sihat …
Letih kot kerja bila ikhlas sangat , orang buli …
Now , terasa sangat keja az kadang2 tak ikhlas sangat ..
Hmm … tatau lah nak cakap macam mana …
Mungkin nilah ketentuan Dia ..
Az sangat berharap az dapat kerja yang bagus2 demi masa depan family …
Thanks to God . thanks A lot .. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.