21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Tuesday, 4 June 2013

... dugaan

Sorry for the last post  ..
sebenarnya az kat petronas teman abah untuk malam pertama selepas keluar dari hospital ..
 ternyata abah masih belum kuat untuk bertugas seperti biasa …
dah az nasihatkan berkali-kali sebelum abah berkeras untuk bertugas jugak ..
tapi abah tetap dengan keputusan dia …
 tapi malam ni abah kalah …
dia terpaksa akur dengan az untuk pulang ke rumah atau az terus bawak abah ke hospital …
Ya Allah …
az tatau nak buat apa tengok keadaan abah macam tu tadi …
rasa macam nak terus bawak je ke hospital ..
 tapi keadaan dia kembali normal bila dapat rest atas katil ni ha ..
az tak boleh lelapkan mata …
 I don’t know why ..
 Ya Allah …
kuatkan abah Ya Allah …
dua kali abah makan ubat bawah lidah ..
sumpah az risau ..
 jantung ni berdegup semakin kencang tengok keadaan abah yang semakin gelisah ..
lepas makan ubat , abah duduk atas kerusi ..
mata dia semakin rapat pejam …
az panggil abah ..
“abah ok eke ?”
Abah tak mampu berkata-kata lagi saat ni .. Cuma mengangguk…
Abah kata tangan dia lenguh ..
Az sapu minyak panas ..
Untuk kali pertama abah tak tentu arah ,
Dia makan ubat bawah lidah , keadaan kembali normal …
Kejap abah bangun tukar kerusi ,
Kejap dia bangun tidur dalam kereta ,
Then dia datang balik dekat bangku sebelah az ..
Ya .. kali ke dua ..
Abah terasa lagi …
“kakak , pukul 7 tadi sampai sekarang dah  berapa jam ?”
“7 jam ..kenapa ????”
“ambik ubat kat abah…”
Masa ni nada suara abah dah mula lain .. slow .. tak macam biasa …
Kenapa ngan abah ni ?
Hati mula tak sedap…
Selesai makan ubat untuk jam tu ,
Abah sekali lagi terasa  sakitnya ssemakin menjadi-jadi ..
Abah mintak ubat bawah lidah sekali lagi …
Nampak abah semakin teruk …
Az terpaksa akur dengan permintaan dia ..
Ya Allah .. ubat tu sangat merbahaya ..
Kalau tak betul2 sakit , jangan buat pasal ..
Dulu arwah abah abul (hasbullah) meninggal kat garage kereta abah sebab tak sempat nak masukkan ubat tu la dalam mulut je …
Bertaburan ubat tu … arwah abah abul meninggal kat tempat kejadian …
Ya Allah … jauhkan abah dari semua tu Ya Allah …
Hmm .. sebenarnya dua tiga hari ni mood az agak kurang stabil ..
Sangat risaukan keadaan abah …
Kenapa Allah tak bagi je segala penyakit abah tu kat az …
Az tak sepatutnya minta macam ni …
Az tak sepatutnya melawan takdir ..
Tapi apa yang az nak Cuma abah …
Sihatkanlah tubuh badan dia ..
Janganlah uji abah diluar kemampuan dia …
Az tak sanggup nak tengok sebab az masih belum mampu untuk membahagiakan hati dia ..
Kebahagian dia keutamaan az …
Maaf kerana selalu meminta yang tak sepatutnya …
Esok ummi exam …
Good Luck ummi .
All the best ..
I know you can do it very well .
Salam…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.