Salam sayang untuk ummi ...
az rasa terpanggil nak tengok keadaan ummi hari ni ..
setelah timbul satu alasan yang membuatkan az akan ke cubical ,
az rasa lega .. sekurang-kurangnya ada sebab az nak ke sana ...
ummi memang takde kat tempat dia ..
tapi Dia izinkan az tengok keadaan ummi ..
az rasa az tak sanggup nak tengok ummi lama-lama ..
cepat aje air mata ni nak meleleh ...
mungkin az tak mampu nak tolong ummi ..
cuma apa yang az boleh katakan kat sini ,
ummi ... Dia takkan pernah menguji hambaNya diluar kemampuan ...
az sangat yakin , ketabahan ummi , kesabaran ummi sedang diuji
mungkin pada tahap yang sangat tinggi ..
mungkin az tak tau apa masalah yang ummi alami sekarang ..
tapi az boleh bantu ummi hanya dengan doa ..
az pasti , n az sangat yakin ,
ummi cukup kuat untuk hadapi semua ni ...
mungkin hari ni kita diuji dengan pelbagai kesulitan ..
tapi sapa tahu esok lusa ,
Dia mungkin akan kurniakan satu kebahagiaan yang cukup bermakna dalam hidup kita ...
ummi , az tak boleh tengok ummi cam ni ..
kalau semalam ecah masuk hospital ,
mungkin esok dan mungkin jugak lusa abah pulak akan di tempatkan kat hospital yang sama ..
az risau , az sedih n az rasa macam nak balik je sekarang ..
mama terpaksa uruskan sorang ecah dengan abah ..
along dah balik KL ...
az buntu sekarang ...
kami sedang diuji oleh Yang Maha Esa ...
tiga insan yang sangat az sayangi sedang berjuang dengan dugaan masing-masing ...
mama pulak terpaksa pikul satu tanggungjawab yang sangat besar saat ni ...
az mohon , permudahkanlah jalan bagi kami ...
bimbinglah kami ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah ...
lapangkanlah dada kami ,
berikanlah ketenangan dan kekuatan kepada kami
untuk menerima semua ini dengan penuh ketabahan Ya Allah ...
mudah-mudahan Engkau tentukan jalan yang terbaik bagi kami ...
amin ...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.