21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Saturday, 13 October 2012

persembahan n pertandingan..rindukan activity masa kat sek...

Semalam az keje nyanyi je seharian...tapi pagi ni teringatkan cikgu-cikgu n ustazah-ustazah masa kat sekolah dulu yang selalu berkejaran mencari az untuk invite az masuk acara dalam pertandingan..especially, bila tiba MTQ ( majlis tadarus Al-Quran ) , Karnival Seni , pertandingan-pertandingan dalam sekolah such as bulan bahasa la , bulan kemerdekaan la..boleh dikatakan setiap competition mesti nak masuk sebab diundang..ahaha..bangga la sikit..acara apa yang biasa az masuk??cuba teka....
hmm...tak banyak pun..kalau nak ikutkan dari awal zaman sekolah,kita start from tadika la kan??..hmm..
kena buat persembahan untuk satu majlis karnival kat dewan pe tah namanya..sambil-sambil masuk acara poster n dapat tempat keenam ..balik umah nangis..ahaha..tapi puas hati sebab poster tu di tampal dalam dewan tu untuk tatapan semua..masa ni az dekat Hulu Langat ,Selangor..tempat kelahiran az..masuk alam sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah , makin aktif la dibuatnya..hampir setiap pertandingan dianjurkan n atas permintaan cikgu-cikgu untuk nama baik sekolah..az relakan diri untuk join semua tu..tak kira sekolah kebangsaan mahu pun sekolah agama,az rembat sama je..sampai orang jemu tengok muka ni je asyik masuk pertandingan ,asyik naik pentas..hmm..untuk sekolah kita jugak.cam mana boleh terkantoi??emm..biasanya,mana-mana sekolah yang az masuk ,terkantoi bila kelas agama..kan ada bahagian tilawah..sometime ustzh suruh baca sorang2..ha..masa ni la yang selalu kantoi..mula-mula galak tamau ngaku,bila cikgu-cikgu cek kegiatan koko az,mang takley nak wat pe dah la..huh...ow ye..cerita pasal acara..az masuk tak banyak pun..
antaranya ialah, tilawah Al-Quran ,hafazan , tulisan khat , jawi,  rawi & marhaban( hampir ke peringkat negeri..tapi sedih tak dapat pergi..mulanya kata tempat pertama sampai ketiga ke peringkat negeri..tapi setelah diumumkan pemenang,johan je yang pergi..melepas la kitorang sebab cuma dapat tempat kedua..better la sebab sebenarnya tak jangka pun nak menang..sebab baju tak cukup satu..nasib baik ketua..lain sikit pun tade masalah la kot.tapi tak seragam la..solonya kena tempah sendiri.macam tak adil.tapi takpe,baju tu az pakai sekali je sebab jubah..az tak minat sangat.nasib baik mama i tailor butik..kalau tak ,jenoh le ), nasyid (ha ! yang ni paling best..sebab bergiat lama..boleh kata every year dari sekolah rendah sampai sekolah menengah..sampai jatuh hati kat sorang abang ni sebab selalu tengok kitorang buat latihan,n tak la serius sangat.cuma jadi abang angkat.setiap kali nampak dia kitorang mesti nyanyi''yusuf..yusuf..'alaihissalam..''.namanya yusuf..dia sampai malu kat kekawan dia.just joke.tak kekal pun semua tu...nasyid ni dah sebati dah dengan az..sampai dah tade lagu lah nak wat pilihan..boring dah..kalau tak masuk ,bukan azmah la namanya..suka sungguh petik nama az..sampai ustazah sanggup hantar n amek depan pintu rumah untuk sesi latihan la..hee..bagusnye....) , syair (yang ni best jugak kenangannya..sebab sampai hampir begaduh dengan sorang budak ni sebab nak ambik tempat az ..az geram gila tengok muka dia..cikgu tu tiba-tiba nak tukar sebab az cuti sakit lama sangat..tapi bila dah kembali ke sekolah,alangkah geramnya tengok ada orang belatih amek skrip az ,irama syair az bila sampai kat tempat latihan..az pusing belakang nak beredar dari tempat tu.tetiba cikgu tu perasan n panggil az..tekejut tengok az datang..az kata..takpe la..kalau cikgu nak suruh dia ganti tempat saya..bagi la dia..tapi dalam hati ni..panasnya!!mujur la cikgu tu faham az..akhirnya khidmat az diperlukan..that girl cuma buat persembahan bila az tak boleh nak perform..hee) , sajak (sekali je dalam seumur hidup wakil sebab bukan dengan rela hati.) , bercerita bahasa arab ( az nangis kot masuk acara ni...sebab az rasa susah sangat..az boleh buat tapi cuba bayangkan 3 muka surat A4 ,penuh..masa singkat je nak hafal sebab bertembung dengan exam..masa ni darjah 3.huhu..tapi apa pun az ada pengalaman speaking arab) , nyanyian ( hmm..ni satu lagi antara yang the most popular dalam diri az..fighting kot!!ahaha.undangan persembahan rayanya,lagu patriotik,karaoke hari usahawan.macam -macam lagu..balada,jiwang karat..ahaha.tibai ja...tapi az lebih suka balada..santai kan...tapi semua ni masa kat smkbg la.bila kat SP az dah kurang..cuma masuk karaoke je..tu pun selang seli..kadang masuk ,kadang tak..ikut mood..lagi pun abah tak berminat az join acara macam ni..sebab dia terpaksa bazirkan duit dia untuk pakaian az..dah la tu pakai sekali je dah tanak pakai sebab nampak grand.tak sesuai untuk aktiviti outdoor..then simpan n bila tak muat bagi orang...ahaha!padan muka..so,az ambil keputusan untuk stop pelahan-lahan..tapi yang bestnye..bila jumpa kawan-kawan lama..petik je satu lagu,semua akan respons..bestnye!!rindu suasana tu!!)
terima kasih pada guru-guru yang selama ni menyokong az,tak pernah jemu gilap bakat az sampai suara ni ada improvement kalau nak dibandingkan dengan dulu.. terima kasih kepada ustzh Zarina , ustzh Zarqo' , ustzh Lina , ustzh Zuiah (ibu) ,ustzh Rosmah , cikgu Maizuan , cikgu Fauziah-SKK , arwah ustzh Marzianah ( sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah ustzh Marzianah..Al-Fatihah..terima kasih atas sokongan selama ni),ustzh Zainon,cikgu Hanim,cikgu Jugierah, n semualah yang terlibat secara langsung atau tak langsung..thanks a lot!!untuk cikgu Maizuan,sorry to say, selama az bekerjasama dengan mana2 nama yang disebut kat atas,cikgu lah antara yang bagi cabaran yang sangat besar dalam vokal az..n u know what?masa tu az rasa give-up sangat2 dalam dunia seni..susahnya!!..hmm..sebab az tak sampai dekat high-node dalam lagu ciptaannya 'Pelajar Mulia Negara Maju'.dia push az sampai az nangis sebab tak dapat perform dengan baik sepanjang latihan.az takot nak buat latihan.macam2 perasaan timbul.dia kata az boleh sampai cuma az tanak lepasakan je..dia pun cam give-up push az..yang lebih memalukan n az terpaksa sahut cabaran tu,setiap kali muka az muncul depan dia,mesti dia akan nyanyi part tu..huh..tensyen gila.pada hari pertandingan ,az berjaya bawak lagu tu akhirnya..lagu tu berjaya mendapat anugerah lagu terbaik dalam pertandingan nasyid tu.dia ucapkan terima kasih kat kami yang menyampaikan lagu tu..but apa yang penting sekarang,az dah sampai ke node tu!!!..thanks for that challenge..menari..(hmm..yang ni az tak la pakar sangat..masa sekolah rendah berani la masuk tapi bila dah meningkat remaja segan ..abah pun tak galakkan..)..
apapun,semua tu adalah kenangan terindah yang pernah terukir dalam diary hidup ni. kalah menang adat pertandingan.yang pasti kepuasan kita perform the most important quality yang perlu kita jaga..salam sayang untuk semua..wassalam..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.