21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Friday, 19 October 2012

pagi yang indah....malam yang sepi..

hmm...pagi-pagi lagi dah ajaib....pagi ni az tatau dia bangun pukul berapa...sebab panggilan az takde pape isyarat pun dari dia..bila az pergi toilet , i saw rumah dia gelap je..kat dapur pun gelap,kat tempat iron baju dia pun gelap...mungkin dalam bilik kot...az bangun lewat pagi tadi sebab tidur lambat semalam..pagi tadi , pukul 8 lebih selepas az ngan atin jogging , kereta dia dah takde..eh..cepatnya hilang...tadi masa baru lalu kat tempat parking dia , ada lagi...hmm..
az nak text dia ..nak tanya dia kat mana ? tapi az takut...takpe lah...kat mana pun dia , az doakan dia dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungiNya....
emm..semalam dia balik lambat jugak..az text dia..she said....
''Jgn risau. Sy keluar dating la...''
see!!! kan dah ganggu dia punya date....az ni !! Ya Allah...sorry sangat-sangat...hmm..that why la az takut nak tanya dah pagi ni...tapi terfikir jugak , mana la dia pergi kan??
hmm..rindu la pulak kat dia ...walaupun duduk dalam satu kolej tapi susah nak nampak dia..semalam pun banyak kali pergi cubic pun tak kesampaian nak pergi kat tempat dia..just dengar suara dia je dari laluan cubical dia tu..hmm..hari ni pulak,tak nampak lagi muka dia...tu yang rindu tu..hee..galak!!!

ha!!!!tau dak??masa az tengah jog tadi , mama call..nasib baik bukan masa az tengah melayan perasaan..tapi bateri phone pulak buat hal...phone ni suka terkejut bila ada income or out call...tiba-tiba terpadam..hmm.sabar je la..n akhirnya,az text je ngan mama lepas jog tadi...hee..mama macam dapat rasa je keadaan az kat sini kan??tapi az tak story pun apa yang berlaku sebenarnya kat sini..hmm..mama ngadu kat az yang pagi ni tangan dia darah...az suruh dia sapu minyak gamat..n ada la lagi text yang sulit kami bualkan..sampai satu text ni..az mula rasa tak tahan...hmm..mula nak melayan perasaan yang selama ni tak menentu tu..sebab mama kata dia nak datang sini..rindu anak tembam dia..tapi keadaan tak mengizinkan..n akhirnya air mata ni mengalir jugak kat pipi ni untuk hari ni...az pun bagi tau yang az pun sebenarnya rindu sangat kat mama!!then mama kata,balik nanti tidur kat mama..hmm..lagi lah air mata ni laju pergerakannya..mama seolah-olah dapat tau apa yang az post kat blog ni baru-baru ni..tau tak??setiap kali balik,ecah mesti akan ngadu..malam-malam,kalau mama tengok TV sorang-sorang mesti dia nangis walaupun cerita yang dia tengok tu cerita lawak or tak menyedihkan pun..bila ecah tanya,mama kata dia rindu kat az..hmm..terharu kan??tapi rahsia ni cuma antara az ngan ecah je...mama tak tau pun ecah dah cerita semuanya kat az...bukan kata mama je cam tu ..az kat sini , puas mengelak dari kawan-kawan nampak yang az nangis rindukan mama....tapi az tak boleh tipu fatin..dia akan sedar perubahan pada az..dia kata dia dah cukup kenal dengan gelagat az setiap hari..tapi nak buat cam mana kan??kita kena kuat untuk tempuhi ni semua...az happy sangat dapat dengar suara mama tadi...tapi az lebih memerlukan mama untuk berada di sisi az saat ni...tapi sabar ye ....nak balik dah ni..hari Rabu ni az balik k..doakan az selamat sampai untuk jumpa dengan mama ye...hmm..k lah..az nak sambung buat kerja math ni..tak siap pulak 6 model tu japgi..dah tu,cam na nak ajar kawan-kawan kan??hmm..k..daa..kalaw rajin,petang japgi az sambung bout that person k..az masih tak dapat kesan ke mana dia sekarang..k..

now..jam menunjukkan pukul 4.40 p.m..
kereta dia masih tak kelihatan kat tempat biasa...text az masih tak berjawab...sibuk kot....atau dia balik kampung?hmm...az faham...az tau , dia rindu sangat kat anak-anak dia...az pun rindu kat mama....eh..Ya Allah!!
HAPPY BIRTHDAY , RAHMAH !!!
hari ni birthday Rahmah la....eh , betul ke hari ni 19 Oktober??az tak ingat la..seriously az ta ingat..sorry3...tapi takpe..az dah wish kat Rahmah dah..hmm..ya..19 Oktober 2012....Rahmah dah semakin dewasa...umur dah semakin meningkat...takutnya bila umur dah dekat 20....hmm..cepat sungguh masa ni berlalu kan??az pun dah besar sekarang...tapi az lebih awal dari Rahmah...dah lama dah rasa tua..huhu...semoga berbahagia di hari ulang tahunmu , my dear....
az asyik teringatkan dia la...selagi az tak tau kat mana dia sekarang , selagi tu la az akan terfikir n selalu menantikan text dari dia...tapi sayang...penantian az cuma sia-sia....mungkin dia sendiri tak rasa nak bagi respon untuk text az...hmm..its oke lah....
hmm...hari ni hujan ..rasa macam nak tidur ..tapi az tak boleh tidur petang...nanti........
shhhhhhht......tutup mulut tu...jangan sampai ada yang tau kenapa az tak boleh tidur petang...it is not important to the others but its only important for you to control your sleep ...dah..kita tukar topik k...
ermm..masing-masing khusyuk buat math untuk program esok..tapi az sibuk dengan dunia sendiri...tak senonoh betul.nak exam dah pun tak sedar diri lagi....hai...azmah...
bukan....bukan az tanak study...az ni tak boleh fokus untuk study lama-lama...kena buat kerja sampingan..hee...tu pun supaya az tak rasa ngantuk,tak rasa jemu belajar...kalau az jemu nanti susah..az akan terus tinggal semua kerja n buat la apa yang az nak buat...lagi parah..langsung tak bukak buku...
ke mana la agaknya dia kan?hmm..hari ni,tatau la pukul berapa dia nak balik....az rasa , untuk hari ni , better az stop untuk terus text dia kot..sebab az sendiri pun tatau dia tengah buat apa sekarang ni...tengah drive ke apa ke...

8.17 p.m..
az perlu buat keputusan malam ni..maaf andai merasakan az merapu or what..tapi,i need to do it..
azmah...rasanya dah tiba masa untuk kau lupakan that person....walaupun sukar untuk kau laksanakan,pernah aku suruh kau cuba lupakan dia...mungkin dia rasa terganggu dan tak nak bagi tau kau..takut terluka dan sebagainya...tapi,cukup la ..tindakan dia,mungkin memberi isyarat tu...masa dia mungkin terganggu...cubalah...cuba fahami dia...azmah...aku tau , melupakan insan yang pernah hadir dalam hidup kau amat sukar..like before..tapi untuk apa engkau berbicara sendirian?
''betul ke apa yang az perlu buat ni?''
sekali lagi az perlu korbankan benda yang sama..yang selama ni tak pernah ada endingnya...ye..dan akhirnya az keluar dari satu-satu tempat dengan cerita sayang yang tiada penghujungnya...
ye..ada yang mengatakan sayang itu kadang-kadang tak perlu dimiliki..
argh!!!!!apa semua ni???
dah lah!!sekarang dia pun dah mula jauh dari kau!so,kenapa perlu kau menyebuk pasal dia??!sape kau nak dekati dia?!sape kau nak sibuk pasal dia?!sape kau nak take care pasal dia?!sape kau nak sayang dia?!sapa kau nak tau dia ke mana setiap masa?!!layak ke kau untuk mendampingi dia?!tau ke kau apa yang dia rasa selama kau wujud dalam hidup dia?!
Ya Allah....betul ke semua ni? :'(  :'(
andai semua ni betul...maafkan az...az tak berniat untuk ganggu hidup dia..dan az sendiri pernah bagi tau , az ada untuk dia pun sebab az taknak dia kesepian..az taknak tengok dia murung..az taknak dia rasa dia keseorangan..dan az jugak pernah bagi tau , andai az mengganggu hidup dia , let me know..az sedia terimanya dengan hati yang terbuka...cuma az mohon..jangan bagi harapan yang besar andai kata dia sebenarnya terasa az mengganggu rutin harian dia...az mintak maaf...az tak tau dari mana rasa sayang tu datang...az cuma ingatkan pesanan arwah mama angkat az..jangan biarkan orang sekeliling kita kesepian keseorangan..andai kita boleh bantu,selagi terdaya,cubalah untuk bahagiakan dia...agar satu hari nanti,andai kita dalam situasi yang sama , pasti ada yang sudi menemani kita untuk menghiburkan hati yang lara..
az....masih punya waktu untuk pertimbangkan niat az...
ye..az tau..tapi andai semua tu betul???
Ya Allah...berilah kekuatan untuk aku menerima kenyataan semua ni...amin.....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.