21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Saturday, 6 October 2012

Thanks to God , thanks a lot _ Ke Arah Malaysia Cergas

Salam ukhwah...Salam satu Malaysia....
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Alhamdulillah kerana Engkau telah memberi kekuatan yang luar biasa kepada hambaMu yang hina ini Ya Allah..dengan izinMu Ya Allah,az akhirnya tiba di pintu masuk Kolej Matrikulasi Kedah pada jam 9.58 pagi ditemani fatin yang setia di sisi az dari awal acara...bukan niat untuk melambatkan ketibaan di KMK setelah penat merentas 6 KM dalam larian KAKOM ..tapi berlaku sesuatu yang tak az ingini sebelum keluar dari pintu belakang KMK untuk meneruskan acara...atin...i'm really sorry sebab buat atin juga lambat tiba untuk bergelar seorang pemenang..ya..all of what had happened pagi tadi berpunca dari silap az sendiri pada diri az...
az terlalu ambik mudah tentang kesihatan az sehinggakan az sendiri dapat rasa kesannya tadi..maybe masa kejadian that things tengah react..but dengan kekuatan yang Allah berikan pada az,az mampu habiskan larian tersebut dengan selamatnya...sebenarnya az tak sangka semua ni nak berlaku hari ni...
selepas senam robik,az dah mula rasa melayang...ya..az rasa pening but larian ni baru je nak mula..i have to finish it!!!! tu lah azam az hari ni...but Allah sedang menguji az di sepanjang perjalanan tu...az mula rasa nak muntah..az mula rasa lemah,az mula rasa lembut lutut..i need more oxygen!!!!!please...kalau boleh az nak terus jatuh,pejam mata n no longer life..kenapa az cakap cam tu??sebab az dah tak terdaya sangat-sangat dah saat tu..tak henti-henti ayat-ayat suci Al-Quran keluar dari mulut ni..tak henti-henti menyebut namaNya..tak henti-henti doa kuatkan az untuk terus berjuang,supaya selamat tiba,n jauhi dari rasa give-up untuk terus n terus ke depan...ternyata Allah mendengar apa yang az mohon sepanjang perjalanan tadi..mulanya az takut..az hampir mengalirkan air mata..tapi az said 'you have to be strong!!!jangan tunjuk kelemahan kita depan orang!!!jangan jatuh lagi!!sabar!!az kena teruskan semua ni!!'az pecaya pada diri az..az mampu untuk lakukannya..
thanks a lot pada fatin sebab dia yang pegang tangan az sepanjang larian ..ye..dia setia bersama az sehingga ke akhir acara..thanks to God,thanks a lot...

saja la action macam tak nampak..
walhal nak tegelak Ya Rabbi
suasana saat student baru tiba di astaka 

az n fatin

tudia!!!baru kalut dok turun tangga..
semua tengah ready nak panaskan badan
 dengan senam robik
''sembang pa macam nak gaduh ja depa ni???''

from right : wafa , rahmah , az ,ika , mimi n faizah
from Right : iety , aina , rahmah , az n ika
gadis ayu...senyummu menawan...
duh ! orang suruh belakon , atin tgk plak dah !! cut !!!!!
hai...letih aih tunggu ..tak start-start lg pun....huh..sabo je la
letih-letih baru sampai pun
ada hati lagi nak take pic..hmm..
masing-masing keletihan baru tiba di perkarangan astaka








 

acara senam robik bermula lebih kurang pukul 8 lebih..then kami teruskan acara larian KAKOM di garisan permulaan n keluar dari KMK..hmm..dalam perjalanan macam biasalah..dari sekolah dulu lagi az dah pun lalui suasana yang macam ni..mesti ada orang beli belah ..kononnya dahaga la..lapar la..arh!!just ignore semua tu..seriously az sangat tak berpuas hati untuk kali ni..penyertaan yang sangat mengecewakan...i lost it!!tapi az bangga dengan diri az...sebab dengan keadaan macam tu ,az berjaya jugak habiskan larian tu walaupun az tak sepenuhnya lari n boleh dikatakan az cuma lari 40% je..yang lain semua az jalan but we are trying to walk faster untuk cuba potong orang lain kat depan..terima kasih pada fatin yang teramat sangat atas bantuan..emm..hari ni Puan Jamaa ditugaskan jaga checkpoint..sebenarnya , dari pagi tadi lagi az happy sangat dengan permulaan hari az untuk hari ni.az bangun pagi dengan penuh rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur..n pagi-pagi lagi az diserikan dengan text daripada sumber-sumber inspirasi az..but all of that ,az yang mulakan dulu..az yang text dorang dulu n they gave me the best respons.. for me la..that person yang az selalu story tu plak tak boleh join ktorang hari ni sebab ada kelas master UUM..its oke..just enjoy our day wherever we are..hmm..good luck everybody!!!! i love you all so much !!!! mmmmuahh!!
***
perlu ke az berdiam diri lagi dengan apa yang az rasakan sekarang..masih boleh bertahan ke az dengan kesihatan az sekarang ni..tiba-tiba az teringat pesan doktor masa last appointment kat Hospital Sultan Abdul Halim hari tu.az kena selalu datang appointment.doktor tu pegang dua-dua belah pipi az..n she said,muda-muda lagi dah ada pe tah dia kata..masa tu az tak fokus pun doktor tu kata apa sebab az mengejar masa untuk balik ke sekolah teruskan pmp as usual...darah n urine az diambil untuk entah ke berapa kali semenjak az diserang demam denggi masa form 4 dulu n serangan tu datang balik masa form 5.ahaha..masuk hospital doktor tanya ,doktor ketawa sebab suka sangat nyamuk aedes tu kat az...lama jugak az ditempatkan kat hospital for that case..hmm..andai kata az diserang sekali lagi,kesan tu takan nampak pada luarannya..but dia akan react only in my body..n..emm...tak perlulah az cerita selanjutnya what that doctor said..malas nak fikir bout tu..but baru-baru ni az demam..dua kali jugak pergi klinik n case yang sama masih di kesan..but i just ignore it..n today az feel something..n hopefully semuanya akan semakin baik..Ya Allah,hanya kepadaMu aku berlindung dan hanya kepadaMu aku memohon ..Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada aku dan Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah..amin,amin,ya rabbal a'lamin....

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.