21's

21's
Think about Entire Life that Given from Allah ... "Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Saturday, 26 January 2013

Allah menguji keimanan az di keheningan pagi ...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ...
Hari ni , sekali lagi Engkau telah membuktikan KebesaranMu kepada hambaMu yang hina ini Ya Allah ..
dan kepada pengunjung blog ini , 
maaf andai coretan az selama ini ada yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua ...
Az dah pun cuba memohon kepadaNya supaya diampunkan segala dosa yang telah kita semua lakukan selama kita menumpang di dunia yang sementara ni ..
az sangat berharap , Allah sentiasa mendengar permintaan az yang satu ni setiap hari ...
di saat kalian sedang nyenyak tidur , az sendirian berbicara denganNya ..
kadang-kala , terasa diri ini terlalu kerdil ingin memohon keampunanNya di atas setiap kesilapan , kesalahn yang kita semua lakukan ..
mungkin permintaan az ni terlalu besar , terlalu berat untuk Dia kabulkan ..
tapi itu lah harapan az ...
malam semalam , selepas update blog , az cuba melelapkan mata ...
tapi sukarnya mata ini untuk dilelapkan hanya Allah sahaja yang tahu ..
malam semakin berakhir , tetapi mata ini masih lagi tidak mampu untuk az lelapkan ...
jam menunjukkan pukul 2.21 pagi ...
az masih tidur ayam ...
entah pukul berapa , baru mata ini terasa nikmatnya tidur ...
tapi az dikejutkan dengan mimpi dariNya  .. 
tempat yang pasti dalam mimpi az adalah di Stesen Minyak Petronas , tempat az n abah mencari rezeki selama ni ...
mimpi itu Allah mulakan dengan waktu abah bertugas jaga malam kat stesen ...
kebetulan hari tu az temankan abah setelah selesai bertugas sebagai juruwang di situ ...
az nak teman abah malam tu ...
tiba -tiba , ada seorang lelaki yang muncul di bahagian toilet belakang yang sebenarnya dah pun dikunci toilet tu ...
abah pergi tengok .. lelaki tu mengejutkan abah ..
kebetulan hati ni tergerak untuk follow abah dari belakang ...
sebaik sahaja abah terkejut , abah terus diserang sakit jantung ..
az n family dah lama tahu yang abah memang tak boleh terkejut ..
mungkin orang tu tak tahu .. tapi az marah sangat sebab buat keadaan abah tiba-tiba kritikal ..
abah mula rebah .. air mata darah keluar dari kelopak mata abah seiring rebahnya abah ke bumi lalu melelapkan mata dalam keadaan yang tenat ...
Ya Allah  ... hanya namaMu yang mampu aku sebut ...
hanya kepada Engkau aku berharap mendengar akan tangisan dan memohon akan pertolonganMu ...
az tak henti panggil abah supaya sedarkan diri ..
az masih belum sempat membahagiakan abah di atas muka bumi Allah ini ...
az masih belum sempat minta maaf pada abah atas segala dosa yang pernah az buat selama ni ...
abah ! bangun abah ! bangun !! 
abah , Ya Allah ... kenapa begitu kuat ujianMu kali ini Ya ALLAH ?
Engkau mengambil abah dari kehidupan aku ..
kenapa Ya Allah  ? kenapa abah yang Engkau ambil ?
abah sedar seketika , tapi keadaan abah semakin kritikal sehingga membuatkan az menangis di tahap yang sukar untuk az bayangkan ...
abah bangun dan kemudian jatuh kembali ke tanah ...
kali ini semakin teruk ..
abah kena strok ... abah muntah darah ... 
astaghfirullahal'azim ....
ada orang tiba-tiba kat situ ..
ada satu motosikal , ada satu kereta ..
taktau tuannya ke mana ..
tapi az panggil mama masa tu ..
ma , tolong abah ni ma ! .. abah sakit ni ma ..
ma .. tolong abah ! ...
az dah tak berdaya dah saat ni ...
Ya Allah ... kenapa Kau berikan ujian ini kepada aku Ya Allah ?
Lailahaillallah .. Muhammadurrasulullah ..
abah .. mengucap abah .. mengucap ...
tapi , az tetap minta abah untuk bertahan .. 
az tetap percayakan Allah akan bantu abah saat itu ..
az seolah-olah tak dapat terima kenyataan ..
Maafkan az Ya Allah ..
kerana az tidak menerima ketentuanMu dengan hati yang terbuka ....
bedosanya az ...
saat az panggil mama untuk tolong abah , az nampak seorang budak perempuan ..
az tak pasti siapa ..
dengan mudahnya az mengandaikan itu adalah ecah ..
''cah , tolong abah cah !! .. abah sakit ni !''
''awat hampa ni tak dengaq az cakap ngan hampa ?''
''hampa tak nampak ka abah tenat ni ...''
last-last az geram YA Rabbi , az pun jerit kat mama ..
''ma! abah sakit ni !! tolong la ma !!''
n masa ni az terasa macam az sebenarnya keluarkan kata-kata tu kat dunia yang nyata ni ..
sehingga membuatkan az terjaga dari tidur ..
entah roomate az dengar atau tak , az pun tatau ..
tapi az terjaga je dari tidur , air mata mula mengalir ...
az teringatkan abah ..
tak henti mulut ni melafazkan kalimah syahadah , ayat kursi , selawat  , ayat seribu dinar , dua ayat terakhir surah Al-Baqarah ..
yang pasti air mata ni masih lagi berderai di pipi ni ..
az terus duduk bersila atas katil ni ...
az menangis sorang-sorang dengan harapan , minta Allah gerakkan hati mama atau abah call az untuk bagitau keadaan abah sekarang ...
ye , sekarang !
tapi az lebih memohon untuk mama yang call sebab az terbayangkan keadaan abah dalam mimpi tu ...
pukul 4.01 pagi az dikejutkan dari tidur olehNya ..
az menangis sepanjang pagi tadi ..
semakin sukar lidah ni berhenti menyebut namaNya , jiwa ni semakin tenang ..
tapi masih berharap ada panggilan yang akan masuk sekejap je lagi ..
untuk bagi khabar berita tentang abah ..
dalam hati ni ....
 andai benar itu adalah petunjuk dari Allah nak bagitau az keadaan abah sekarang , az mintak abah bertenang ..abah kena kuat ..
az dah tak sanggup nak fikir keadaan abah masa tu ...
tensyennya takde kredit !!
az nak call abah !!!
sambil menyebut kalimah Allah , sambil menunggu panggilan dari mana-mana sumber ,
az sambung study eko untuk tidak membuang masa ...
 4.57 a.m. 
lagu Tuhan nyanyian Wali Band  sebagai ringtone az kedengaran ..
berdegup kencang jantung az kerana az yakin tu bukan penggera jam kat phone az ..
bila az selak je helaian yang menutupi screen phone az , 
tertera nama Abah ....
semakin pantas mulut ni melafazkan kalimah syahadah tu ..
tanpa melengahkan masa , az jawab panggilan tu ..
berderai air mata ni ....
setelah mendengar suara normal dari abah memberi salam di pagi yang penuh debaran  ni  .. 
az cuba mengawal suara tangisan tu ..
ternyata az mampu melakukannya ..
tau tak kenapa abah call pagi tadi ?
abah nak bagi tau dia dah hampir laksanakan permintaan az ..
az mintak abah habiskan bacaan 30juzuk Al-Quran sebagai langkah pertama untuk ......
hmm .. yang ni rahsia az dengan Allah ...
az rasa az tak perlu cerita kot tentang ni ..
abah kata mungkin dua tiga hari lagi abah dah boleh selesaikan 30 juzuk tu ..
Alhamdulillah ..
air mata ni semakin laju keluar mengalir kat pipi ni ..
Ya Allah , sungguh agung ayat-ayat suciMu yang menjadi penguat kepada hamba-hambaMu ..
az bersyukur sangat ...
terima kasih di atas kurniaan lembaran utusanMu yang membimbing kami semua ke jalan yang diredhai olehMu Ya Allah ..
sebaik saja menjawab salam dari abah , pantas saja mulut ni bertanya khabar abah ..
abah kata dia semakin baik sekarang ...
Alhamdulillah ...
ada la lagi perkara yang kami bualkan .. tapi tak lama ...
az sempat bagi tau abah yang az mimpi abah tadi ..
abah tanya mimpi apa ...
az pun bagi tau .. tapi tak detail ..
air mata semakin banyak mengalir ...
abah seolah tahu yang az sukar untuk bicara dengan lebih banyak ...
tak lama lepas tu , perbualan kami pun terberhenti ..
setelah tamat  je perbualan dengan abah ,
az ..
''Ya Allah !!!! terima kasih di atas ujianMu pagi ni ..!!!''
mata semakin bengkak , hidung sumbat teruk ...
tak henti az mengucapkan syukur kepadaNya ..
sayang az pada abah tak kuat macam ni sebelum ni ...
tapi , kadang-kadang abah perasan ..
antara mama ngan abah , az better pilih abah untuk berkongsi cerita ...
abah adalah pendengar yang setia ..
dari sekolah dulu lagi ..
tapi az tak ambil kesempatan tu untuk ceritakan semuanya kat abah ..
az tanak abah susah hati kat az ...
az tanak abah terlalu banyak berfikir tentang kehidupan az kat luar ..
keadaan abah lebih memerlukan ketenangan ...
so , az buat keputusan untuk cerita dalam diary-diary az .. n now , here .. in my blog ..
Lifestory from Allah ..
mimpi tu masih menghantui minda az saat ini ..
az masih belum boleh tidur dari pagi tadi ...
fatin , thanks temankan az ambik wudhuk pagi tadi ...
az kejutkan fatin untuk teman az ke toilet pagi tadi ..
az dah tenang sikit selepas habiskan masa denganNya pagi tadi ...
now , az nak tidur ...
letih sangat-sangat ...
daa ...

1 comment:

  1. azmah, kuatkan diri yea...
    sampai menangis aq bca post ag nie...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.